Acara ekslusif ini bakal diadakan di ruang pameran kami di Singapura, Sabtu, Oktober 7, 2023 pada jam 12:00 PM, menjanjikan petang yang gemilang dengan hadiah-hadiah lumayan disamping pengumuman pemenang Acara Beli & Menang.

Acara Beli & Menang ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang boleh mengunjungi cawangan rasmi kami di Melaka, untuk membeli dan melayakkan diri bagi menyertai acara mengujakan ini.

Terletak di FG 01, Ground Floor, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka, cawangan Melaka kami bersedia untuk menyambut dan memberi peluang pada para pelanggan bagi menyertai Acara Beli & Menang Bulanan dan Tahunan.

Setiap pembelian berjumlah RM850 di cawangan kami memenuhi syarat kemasukkan ke Acara Beli & Menang. Ianya peluang yang hebat buat pelanggan di Malaysia untuk membeli-belah barang kemas yang berkualiti dan bekesempatan untuk memenangi hadiah menakjubkan.

Ganjaran US$ 5,000 bagi setiap 5 peserta bertuah akan disediakan untuk Acara Beli & Menang Bulanan, manakala Acara Beli & Menang Tahunan akan menyambut SATU pemenang bertuah dengan jumlah lumayan sebanyak US$ 1,000,000. 

Sama ada anda peminat terulung barang kemas Mustafa Jewellery mahupun baru sahaja membiasakan diri dengan pengalaman di Mustafa Jewellery, Acara Beli & Menang kami terbuka untuk semua rakyat Malaysia.

Anda boleh menyertai kami secara langsung di bilik pameran kami dia Mustafa Centre, 145, Syed Alwi Rd, Mustafa Centre, Singapura 207704, atau kekal dikemaskini melalui saluran media sosial rasmi kami, termasuk laman web dan halaman Facebook kami: Mustafa Jewellery Malaysia dan Mustafa Jewellery Singapore

Majlis ini bakal dihoskan individu yang berkarisma, memastikan acara yang penuh dengan kemeriahan serta hiburan. Acara Beli & Menang ini bukti penghargaan kami untuk kesetiaan pelanggan terhormat kami di Malaysia, serta dedikasi Mustafa Jewellery untuk menyediakan pengalaman yang luhur buat para pelanggan. 

Selain bilik pameran kami di Singapura serta cawangan baharu kami di Melaka, Mustafa Jewellery mengendali cawangan yang berkembang pesat di lokasi-lokasi terkemuka, termasuk Tamil Nadu, India; Dhaka, Bangladesh; dan lain-lain.

Lokasi-lokasi ini telah menjadi pusat penggemar barang kemas, menawarkan potongan luar biasa yang memenuhi cita rasa dan pilihan yang pelbagai. Perasmian bilik pameran terkemuka Mustafa Jewellery di Melaka pada 9 September 2023, menandakan peristiwa bersejarah bagi jenama kami.

Cawangan terbaharu tersebut merupakan babak yang cemerlang perjalan Melaka untuk menjadi destinasi yang harus dikunjungi pencinta barang kemas di Malaysia, mahupun antarabangsa. 

Pembukaan cawangan di Melaka disambut meriah penduduk tempatan serta para pelancong, mengukuhkan reputasi Mustafa Jewellery sebagai peneraju global dalam industri barang kemas.

Komitmen Mustafa Jewellery terhadap kecemerlangan dicerminkan dalam perhiasan indah kami dituruti dedikasi kami bagi memuaskan para pelanggan. Setiap barang kemas menceritakan kisah unik yang menjadi sebahagian daripada kehidupan pelanggan kami. 

Tarikh-tarikh Acara Beli & Menang berlanjutan hingga 6 September 2024, memberi ruang pada pelanggan kami di Malaysia untuk mengambil bahagian dan berpeluang untuk menang.

Ambil peluang Acara Beli & Menang di Mustafa Jewellery. Tanda kalendar anda dan sertai kami untuk petang yang penuh glamor, hadiah serta detik yang tidak dapat dilupakan.

Untuk dapatkan informasi lebih lanjut, kunjungi laman web kami di www.mustafajewellery.com.my

Mengenai Mustafa Jewellery:

Mustafa Jewellery mengukir nama dalam pasaran barang kemas global melalui kualiti dan reka bentuk yang unggul. Dengan cawangan yang merangkumi beberapa negara, jenama ini meneruskan perjalanannya untuk menghiasi individu dengan kegemilangan barang kemas berkualiti.

Anda boleh menonton rakaman langsung Acara Beli & Menang Mustafa Jewellery di laman Facebook Mustafa Jewellery: Mustafa Jewellery Malaysia dan Mustafa Jewellery Singapura

Untuk Sorotan Media, Hubungi: 

Ms Selvi Narayanan 

+60 16-511 0664

Untuk maklumat lanjut tentang Beli & Menang, sila lawati halaman Promosi kami.